Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya. ” (Hadis Riwayat Baihaqi dari Al-Khatib)
Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : ” Sesuatu doa terdinding (terhalang) sehinggalah seseorang yang berdoa berselawat kepada Nabi SAW. ” (Hadis Riwayat At-Tabaraani) -Mudah-mudahan dengan membaca Selawat banyak-banyak rezeki yang Allah bagi pada kita semua berganda ganda..dan yang paling penting..sentiasa merasa cukup dengan apa yang ada.
Selawat murah rezeki juga boleh dijadikan hati tenang.. Insya Allah…