Loading...
Nak Otak Cerdas & Ingatan Kuat? Amalkan 5 Makanan Ini Untuk Kuatkan Minda!

Nak Otak Cerdas & Ingatan Kuat? Amalkan 5 Makanan Ini Untuk Kuatkan Minda!

Seperti yang kita semua sedia maklum, sayur dan buah ada banyak khasiat dan tidak boleh disangkal lagi kebaikannya kepada kesihatan kita.

Tetapi, makanan yang menyihatkan bukan terdiri daripada sayur dan buah sahaja! Ada banyak lagi makanan yang boleh bantu tingkatkan kecerdasan otak anda.

1. Makan lebih banyak ikan untuk elak Alzheimer 

Jika anda ingin kuatkan memori anda, makan lebih banyak ikan! Ikan kaya dengan asid lemak omega-3 yang terbukti dapat membantu individu yang menghidap Alzheimer.

Salmon, tuna, dan sardin adalah contoh ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3. Anda boleh cuba makan ikan 2 kali seminggu untuk bantu fungsi otak.

Selain itu, anda juga boleh masak ikan menggunakan cara panggang, bakar ataupun rebus untuk dapatkan rasa dan nutrisi yang maksimum daripada makanan laut itu.

2. Makanan baik untuk otak: Telur

Ramai yang anggap telur sebagai makanan yang tidak berkhasiat. Sebenarnya, tanggapan ini adalah salah kerana ia makanan baik untuk otak tau!

Telur merupakan makanan yang kontroversi kerana mempunyai kolesterol yang tinggi.

Walaupun begitu, telur masih lagi merupakan makanan yang sihat dan sering menjadi sumber protein pilihan individu yang berdiet.

Telur mengandungi kolin yang penting untuk hippocampus, pusat memori pada otak. Ibu mengandung juga digalakkan makan telur supaya otak anak dapat berkembang dengan sihat.

Selain itu, telur juga kaya dengan vitamin B7, B12 dan juga asid folik.

3. Kacang mengandungi nutrisi untuk otak

Kacang juga terbukti menjadi makanan baik untuk otak supaya lebih cerdas! Kacang, terutamanya kacang walnut, mempunyai banyak protein dan lemak yang baik untuk otak cerdas.

Selain itu, walnut juga mempunyai asid lemak omega-3 dan alpha linoleic acid (ALA) yang dapat bantu turunkan tekanan darah.

Peminat kacang boleh mendapat 2 kebaikan sekali gus daripada tabiat makan kacang kerana ia bukan sahaja baik untuk otak, tetapi juga untuk hati anda!

4. Makanan baik untuk otak: Coklat 

Coklat, terutama sekali coklat gelap bukan sahaja mempunyai rasa yang sedap. Malah, ia padat dengan antioksidan yang boleh melindungi kita daripada radikal bebas.

Flavonoids, sejenis antioksidan, boleh bantu kuatkan memori dan perlahankan penyakit mental yang disebabkan umur.

Coklat juga merupakan sejenis mood booster. Jika anda rasa jengkel sepanjang hari, cuba makan coklat! Pasti ia boleh buatkan hari anda bertambah ceria.

5. Minum teh atau kopi untuk ingatan lebih kuat

Ramai yang anggap minum teh atau kopi tidak mempunyai sebarang manfaat terhadap kesihatan. Namun, kafein mempunyai kebaikannya yang tersendiri yang mungkin anda tidak tahu!

Menurut sebuah kajian, minum kopi atau teh pada waktu pagi bukan sahaja boleh bantu anda fokus dalam jangka masa pendek, malah ia juga boleh bantu kuatkan ingatan anda!

Tambah lagi, individu yang minum lebih banyak kafein ketika ingin ambil peperiksaan didapati mendapat markah yang lebih tinggi dalam ujian yang menguji kekuatan mental!

Leave a Reply

Quick Navigation
×
×

Cart